Sunday, April 10, 2011

Program Titian Mesra Pelajar Kelainan Upaya (OKU) BHEP UPM

Kelab Penyayang telah dijemput untuk membantu menjayakan program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM.
  • 8:00 pagi 
    • Pendaftaran pelajar
  • 8:30 pagi
    • Sarapan pagi
  • 9:00 pagi
    • Sesi Ice-Breaking antara pelajar OKU dan Kelab Penyayang.
    • Ceramah (Free Talk) Motivasi daripada wakil Biro Tatanegara
    • Sukaneka
  • 12:45 petang
    • Ketibaan wakil Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Tuan Jamsari bin Tamsir.
    • Penyampaian door-gift kepada pelajar OKU dan Kelab Penyayang.
    • Penyampaian hadiah (hamper) kepada pemenang sukaneka.
    • Makan tengah hari
  • 2:30 petang
    • Bersurai


Tetamu kehormat, wakil Naib Canselor BHEP UPM, Tuan Jamsari bin Tamsir.
Walaupun mereka ini tidak sempurna di mata masyarakat sekeliling dari segi fizikal, tetapi mereka ini mempunyai kelebihan yang tidak semua orang yang sempurna fizikal dapat melakukannya. Sesungguhnya, kita seharusnya bersyukur dengan apa anugerah yang Tuhan telah kurniakan.

Friday, April 8, 2011

Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersama Penasihat Kelab Penyayang

Majlis Tertinggi Bersama dengan Penasihat Kelab Penyayang 2010/2011

Majlis Tertinggi Kelab Penyayang Sesi 2010/2011

Satu mesyuarat telah dijalankan diantara Majlis Tertinggi dengan Pengerusi Kelab Penyayang di Bilik Seminar Fakulti Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada jam 8.30 malam. 

Antara tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk merancang program yang akan dijalankan semester akan datang, semester 1 2011/2012. Bagi mereka yang masih berminat dan setia untuk mengikuti Kelab Penyayang,, sila nantikan program kami kelak.

Saturday, April 2, 2011

Lawatan Berkala [2] Ke Rumah Anak Yatim Nur Hikmah, Kajang


Lawatan mingguan Kelab Penyayang UPM telah berjaya dijalankan seperti yang telah dirancang. Antara aktiviti utama kami di rumah tersebut ialah sukaneka dan penyerahan peralatan sekolah kepada anak-anak. 

Credit to Our Photographer: Nur Intan Shafinaz


Jutaan terima kasih kepada semua majlis tertinggi dan ahli kelab yang sudi meluangkan masa hujung minggu mereka bersama anak-anak yatim ini, meskipun terdapat urusan lain di universiti.