Dengan ini bermulalah cuti semester akhir sesi 2010/2011 yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan warga UPM, tidak kiralah pelajar mahupun pihak staf sendiri.
Memandangkan semua warga UPM akan bercuti selama empat bulan lamanya. Saya bagi pihak Kelab Penyayang UPM ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan:
Selamat bercuti dan penuhi masa cuti anda dengan perkara yang berfaedah bersama yang tersayang.Kepada semua pelajar UPM, terutamanya pelajar tahun akhir yang akan bergraduat tahun ini. Tahniah diucapkan. Mungkin ada sebahagian daripada anda akan menyambung pengajian dalam peringkat yang lebih tinggi dan sebahagian daripada anda juga mungkin akan bekerja. Semoga perjalanan anda selepas ini akan diberkati oleh Allah S.W.T.
Dan kepada mereka yang masih dalam pengajian, teruskan usaha anda. Insya-Allah. Kejayaan akan menjadi milik anda. Jumpa anda di semester hadapan ya.

No comments:
Post a Comment